Rabu, 16 Januari 2013

Ahad, 18 Disember 2011

Topeng .

Assalamualaikum kumulai dengan harapan yg tinggi ingin berubah pada masa ke semasa tetapi masih tidak terserlah hasilnya.Akan tetapi tetap menanamkan rasa "ingin" itu daripada tiada..Berjalan walau sempurna macam mana pun tetap juga boleh tersadung dek batu yg kecil,umpama manusia yg sebaik-baik macam mana pun pasti akan ada perkara yg tidak sempurna di dalam dirinya..Aku fikir diri aku bagus sebaliknya dosa yg aku lakukan langsung tidak dihiraukan walau sebesar zarah sekalipun..Aku fikir diri aku bagus sebaliknya tidak pernah ada perkara yg bagus pernah aku lakukan..Aku fikir diri aku bagus sebaliknya aku sentiasa melakukan kesilapan yg terlampau BIASA!Aku fikir diri aku bagus sebaliknya aku ni sememangnya si pencetus segala permasalahan yg berlaku setiap hari..Aku fikir diri aku bagus sebaliknya aku hanya orang yg mementingkan diri sendiri saja..Aku fikir diri aku bagus sebaliknya aku ni seorang yg langsung tidak mahu belajar sesuatu yg mendatangkan kebaikan malahan berlawanan..Aku fikir diri aku ni bagus sebaliknya masih tak cukup bagus..

Setiap bangun pagi ku punyai harapan yg menggunung tinggi yg hanya aku seorang yg tahu...Mencuba mencari jalan......

Rabu, 14 Disember 2011

YangBenar .

Sepanjang aku menulis di laman bloger ini tak ada satu pon yg mendatangkan faedah tetapi hanya sekadar ingin menghiburkan hati,menghilangkan perasaan marah,benci,dendam terhadap sesuatu perkara daripada melakukan perkara yg tak masuk akal...Aku memang benci menulis sebenarnya,lagi-lagi nak menulis karangan SPM sepanjang lebih 600 patah perkataan.Matematik,Sains apetah lagi,Bi pon termasuk di dalam carta malas aku.Aku ni memang seorang yg pemalas lagi gemuk dan suka menyusahkan ibu bapa aku dan langsung tak pernah nak hargai satu pon pemberian diorang terhadap aku.Aku memang suka makan sampai tak ingat dunia apetah lagi kalau terbau telur mata kerbau dan telur dadar memang heaven gila kalau dapat makan benda alah tu sekali dgn nasi putih campur kicap dgn sambal belacan sikit,sikit je sambal.Aku ni memang tau nak ambil kesempatan saja keatas kelemahan orang lain sedangkan aku tau perkara tu salah tapi tetap tegar nak buat juga.Aku memang orang yg masih terhanyut di dalam arus deras taufan,ombak tsunami,hujan,banjir kilat,petir,guruh yg kuat menghentam bumi di atas tindak balas manusia yg sudah hilang norma akal fikiran dgn melanggar setiap percaturan yg telah di tetapkan oleh Allah Rabbuljalil..


 Sekadar peringatan dan muhasabah buat diri sendiri...

                       

Ahad, 4 September 2011

Assalamualaikum!

Selamat hari raya maaf zahir dan batinku jika tersalah dan terlanjur...diriku skrg tgh busy study nk SPM,jage homestay lagi,bwk van sekolah agi.....fuhhhhh,bru aku tau mcm mane susahnye mak bapak aku cari duit nk bagi aku makan supaye aku tak mati kebulor...takpe2....buang yg keruh,ambil yg jernih...."ada batang mati,disitulah ada cendawan tumbuh....WASALAM!

Khamis, 16 Disember 2010

Keluargaku








Inilah keluargaku,masing2 makin membesar.Semua skali ade 10 orang termasuk mak bapak aku.Apapapun,aku doakan semua moga2 berjaya didunia dan tak lupa diakhirat.Wassalam.....

Rabu, 15 Disember 2010

salam pengenalan!

Salamualaikum,ini adalah first time aku buat blog sendiri.Aku tak pernah terpikir pon nk buat blog ni,tpi aku rase mungkin blog ni boleh membantu aku dlm menghilangkan stress aku,tension,atau ape2 yg berkenaan lah,so taip lah sampai lebam jari puas2.Lagi2 taun depan adalah taun yg penting buat aku,mase depan aku yg menentukan dimane jejaknye kaki ku selepas habis sekolah,sama ada menara gading atau menganggur.Jadi aku harap sape2 yg pro bab2 blog ni ajar lah aku sikit2,lame2 boleh pro macam yg lain.Alright,ciawzzzzzzz.....